Thursday 21 June 2012

Hidayah itu Milik Allah


salam petang Syaaban..

" Jangan pandang hina pada orang yang sedang lalai, jauh dari agama. Siapa tahu, kelak dia balik kepada Islam dan menjadi lebih elok dari kita. Jangan pandang hina orang yang bergelumang dengan maksiat. Siapa tahu kita yang sering solat lima waktu di surau, di masjid, bagaimana akhir usia kita? "

Islam mengajar kita melaksanakan amar makruf nahi mungkar..dan selemah2 iman dalam melaksanakan ada dgn mggunakan hati...bencilah kepada kejahatan itu..tetapi jangan kita benci pada org itu...apa salah nya kalau kita nmpak org tu semakin nak berubah, bantulah dia..sekurang2 nya dgn berdoa agar dipermudahkan untuknya mencari sinar dan jalan keluar. 




Siapakah kita yang hendak menghakimi orang lain? Siapakah kita yang sesuka hati menjatuhkan hukuman kepada orang lain? Siapakah kita untuk mencaci dan mecerita keburukan orang lain? Kita juga hamba Allah yang penuh dgn Khilaf..


Janganlah kita terlalu menghina seseorang akan masa silamnya… mungkin seseorang itu murah harga dirinya satu ketika dulu, tapi tak mustahil satu hari nanti beliau akan menjadi wanita yang lebih solehah dari kita kan?
Sepatutnya kita bersyukur kerana orang itu mahu berubah ke arah yang lebih baik..


Kita tak tahu perancangan Allah utk kita sbgai Hamba...maka jgn pula riak dgn senipis iman yg ada di dada sekaligus pandang hambaNya yg lain hina..nauzubillah...moga aku juga terhindar dari melakukan perkara yang sama...terus berdoa moga dibuka pintu keampuanan serta diberi cahaya dalam menuju JannahNya.. :)





~ HIDAYAH ITU RAHSIA ALLAH. Kasih sayang ALLAH melebihi kemurkaanNya..~


No comments:

Post a Comment