Monday 30 April 2012

iJAzah...for u mom n dad

dalam tengah kusyuk bt asemen..tiba terdetik jauh di sudut hati ni..bila laa masa aku nk boleh kerja...terasa tak sabar nak genggam segulung ijazah yang memang aku impi sejak di bangku sekolah...

dalam masa yang sama..terdetik jugak...bila aku boleh balas jasa mak abah aku..masih sempat ke aku nak laksanakan tnggungjwab aku..ada tak peluang itu utk aku..ya.! aku tk sabar nk blas jasa mak abah aku..tak sbar nak ringankan beban mereka...kadang hati sayu lihat dalam usia abah masih kerah tulang empat keringatnya..terus jugak bekerja dalam jerit perih nak besarkan aku dan adik2...

lagi terdetik...macam mana dgn aku msa akan dtg..mmg hari ni aku cakap aku nak tlong mereka...macam mna tiba2 Allah uji aku jadi anak yg tk sperti tu...masyaAllah..benda yg selalu aku mntak dijauhkan...aku tknak ulang kesilapan yang sama...

hati terus berdoa..moga apa yang aku hajat tercapai..lagi berdoa agar Allah panjangkan umur kedua ibu bapa aku utk lihat kejayaan anak nya...membalas jasa mereka..bahagiakan mereka...terus berdoa agar hati ini sentiasa ingat dan syang pada mereka...kerana mereka tonggak kekuatan aku yg rapuh ini...



maka hari ni..aku terus berusaha...berusaha menjadi anak yang baik...demi niat yang satu membalas jasa mereka...selagi aku masih di bwah mereka maka itu tnggungjwab yg pasti..sebelum beralih tggungjawab pada sang suami (yg ntah siapa) suatu hari nant....





:::tiket bas dah dapat..mcm jauh je nak balik..rindu sngat kat famili.tk kisah laa ada program ke kena tndakan ka..aku yakin..nawaitu aku betul...insyAllah dipermudahkan:::

Saturday 14 April 2012

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥



Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya








::: nurkilan ni aku copy jer..tertarik dgn cerita dia..bila aku baca..hati ni terus akui ttg apa yg diperkatakan..:::



:::semoga para lelaki tahu:::

Wednesday 4 April 2012

ASTAR bermula segalanya....


~Kekalahan dapat menjadi jembatan bagi kita untuk mengenal diri sendiri..~

~Kesilapan yang kita lakukan adalah pelajaran baru untuk mencapai kejayaan~





ALHAMDULILLAH....perkara yang mengkusutkan fikiran aku telah berakhir..hehehe...kusut ker?? ttbe lak nk kusut..hahaha..bukan kusut sbb apa..sebelum pergi tu mcm2 sgt bnda yg ggu fikiran aku,,sampaikan terasa sgt2 tknak pergi...takut menjejaskan mood di sana..lantas aku cuba utk singkirkan anasir jahat dlm pikiran ni..

ASTAR...banyak sgt aku dpt bila pergi sana..sbg amatur yg sgt cetek ilmu malah pengalaman aku cuba utk menanam matalmat supaya sekurang2 nya aku cuba belahar somting tk byk pun ckit jadi la..
aku cuba utk kosongkan ati..terima semua keadaan di sana..huhuhu..akhirnya syukur targer aku berjaya..sekurang2 nya aku dpt jugak be;ajar sesuatu di sana..aku dpt melihat dunia perdebatan diluar..walau pun pernah satu tika terlintas jauh di sudut hati utk tidak memberi setinggi2 komitmen dlm dunia perdebatan..namun hasil dari ASTAR mentaliti aku bertukar 60%..tak lagi 50-50 mcm awal2 dlu..

AsTAr...dari sini aku bukan shaja dpt pengalaman..tapi aku dipertemukan dgn sahabat baru..ya..!! bnda ni yg sgt bgi impak spnjang ASTAR samada sebelum pergi smpai balik..au igt lagi mcm mn runsing nya aku utk meletakkan diri dlm grup mereka..aku rsau andai kata aku tk mampu utk bergaul dgn mereka..hakikat selama ni mereka sentiasa bertiga..aku sentiasa dgn Tipah..dan tiba2 aku tercampak utk berempat dgn mereka..tapi Allah maha Adil maha Mengetahui..once aku cuba utk berkwan dgn mereka aku rasa sgt seronok..walaupun sgt2 mengambil msa tpi saat aku bersama mereka aku terasa ada nya ikatan persahabatan itu..aku sgt2 terharu dpt kenal kawan2 baru..n aku mula menyayangi mereka spt shabat karib aku..segalanya bermua dgn ASTAR...

hasanah.arif..azry..sepanjang di sana aku bergantung dgn mereka..walau pun aku dibuli dan terus dibuli oleh si arif tapi itulah yg menyeronokkan aku dgn diorang.terasa diterima sbg kwan..walaupun kadang2 aku blur..n aku suka cakap bnda yang tkde kena ngena..tpi diorang still boleh terima lagi..

hasanah..3 mlm mcm2 cerita kita share..err tu biar lah rhasia yer..ko sgt2 lembut hati..pntang ada je benda yg sentap nak nangis...sory yer hasanah aku tk pndai memujuk.. :) tpi aku ttp rsau bila tgok kau menangis..n bes jugak tba2 layan jiwang dlm bilik..dah lama tk menjiwang..tba2 jer update sttus lagu jiwang.hehehe

arif pulak yg tk suka tgok aku jalan belakang..sory yer bkn sngaja nk jln blakang..tpi tk muat nk jln seiring dgn korang..laluan tu muat utk 2-3 org jer..aku beralah laa duk belakang...n thanks sbb slalu tnya aku ok ke bila tba2 aku diam..tpi aku mmg kuat berangan...

azry yg hantu makan....bt aku pun asyik terasa lapar bila tgok kau makan...tpi nsihat utk kau..fast food tk baik sgt utk kesihatan..hehehe...n paling aku tk puas hati terpaksa beralah kasi payung warna purple tu dekat kau...

nanti kita belajar debat lagi...perbaiki mna yg lemah..kaji mna yg silap..pasang strategi utk atasi semua itu..kita cuba buktikan pda semua kta mampu utk berjaya...

thanks utk korang bertiga..jujurnya dlm byk2 perkara yg terjadi dlm ASTAR bnda ni lah yg paling menyentuh perasaan aku..iaitu PERSAHABATAN...mungkin korang tk rasa tapi aku rasa...rsa sgt gembira dpt join dgn korang..thanks sbb boleh trima aku dlm team korang...n bnda ni tkkan nk msuk dlm post mortem trus aku msuk dlm blog..maaf kalau aku tkleh jdi team mate yg baik sbb aku mmg tk baik..hahahahaha....
SAYANG KORANG SEMUA..!!
harap sgt persahabatan ni kekal smpai bila2...

::lawyer tk semestinya kwan dng lawyer..::





::: diorang bertiga kawan UUM yg aku lakar cerita dlm blog...padahal member2 lain tkde pulak aku cerita lagi..:::

"The love of my life is the love between friends." 
To be depressed is to be lonely; to have a friend is to be happy..." 
"I can trust my friends. These people force me to examine, encourage me to grow." 

that's all for today...happy holiday all..!!















::: sibuk merangka agenda utk cuti..sedar tak sedar bukak midsem 5 subjek utk midtest..!!! :::