Saturday 10 March 2012

jAuh perJalAnaN LuAs paNdaNgaN

haaa....arini aku nk cita pasal mcm yg tertera tjuk tu..pasal jauh perjalan luas pandgan..tadi otak mcm terasa byk sgt nak menulis..tpi bila dah start menaip mcm blank pulak...mungkin letih sama kot..
hahaha..tdi aku g program Training Of Trainer...waahhh...teringin nk jadi trainer pulak..so far proggram tu bes//sbb tk pressure..tkdak dgr ceramah melalut..


tapi byk2 part aku suka part yg ujian diri....guna teory sidek apa ntah..n hasil ujian tu mmg bt aku kagum..
hakikatnya mmg apa yg dia cakap sebiji dah btol2 dgn diri...tkdak nya nak lari pun..klu jwab dgn jujur la..

ok..ni laa cri2 trait personality yg ada pada aku hasil ujiang inventori personaliti...

1. AGRESIF- suka mengkritik orang...hati dan perasaan org lain bkn manjdi tumpuan..yg pnting hajat tercapai..

2. ANALATIKAL- iaitu sensitif pada persekitaran dan suka menganalisis org lain dri sendri dan juga situasi..dlm keadaan atau sesuatu situasi tu dia suka bt perhatian..

3. AUTONOMI-sukakan kebebasan sepenuhnya dalam sesuatu tindakan..ttp msih dpt mngawal dan menentukan aktivit utk kehidupan seharian..

4. BERSANDAR- bergantung dlm membuat keputusan..sntiasa mgharap pda pndapt org lainterutamanya yg ada autoriti..hahaah sbb tu laa aku pun slalu je mention never walk alone...nah mmg kena..!

5. EKSTROVET-inidividu yg sosial dan suka bercampur dgn msayrakat...tidak suka bersendirian..

6. INTROVET- individu yg suka melibatkan diri dgn hbungan interpersonal...

7. KEPELBAGAIAN- dlm ni aku sederhana ja..that mean aku sederhana dlm menceburkan dri dlm aktivit2 yg pelbagai...yellaa certain je yg aku mnat pun...

8. KETAHANAN- ada ketahanan mental dan fizikal dan emosi...seorang yg bermotivasi...tpi tkdk laa tahan mna pun..hasil test tu pun ats pagar je nk jtuh pda sederhana..mkna nya ada time jugak laa..mmg btol sgt..!

9. KRITIK DIRI- selalu rendah dri dan sentiasa berasa bimbang sekiranya sesuatu kerja itu tak dijayakan sepenuhnya..individu mcm ni mmg bermasalah..

10. MENGAWAL- suka kawal dan pimpin org lain...suka kerjaya yg melibatkan kepimpinan...n aku rsa bdg yg aku amek ni mmg btol2 kena dgn personaliti aku..

11. MENOLONG- keinginan curah simpati dan kasih syang..mudah membantu utk kebajikan dan kebaikan org lain..

12. SOKONGAN- mempunyai keinginan yg tggi utk dikasihi, difahami dan mendapat simpati..

13. STRUKTUR- mementingkan kerja yg tersusun dan berstruktur serta terperinci...kejaya kemas dan teratur..


dah...tulaa personaliti hasil ujian tu..tpi bgi aku bnda tu mmg btol2 tepat sgt...so kawan2 yg rapat ngn aku msti dia boleh tahu...betul ke tak..
hbt spa yg kaji bnda tu..betapa besar ilmu Allah..macam2 ada kalau kita kaji..terasa macam minat pulak nak kaji pasal manusia...




::: tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina...mungkin bkn dalam akedemik..hope boleh jugak dpt ilmu lain dlm program2 yg aku join..moga mendapat redha ILAHI..aminn :::

Monday 5 March 2012

kaSih pengOrbanaN AyAh..

waahh hari ini letih sgt2..kelas sem ni pack gila...padahal aku susun jadual sendiri..padan muka..balik kelas hujan lebat sangat..duduk bilik sorang2 terigt dkt family di rumah..tambah2 parent aku...pastu aku terbaca pulak membe aku post benda alah ni kat fb..terasa nak share..tapi aku saja nk smpan dkt blog ni..one day aku baca balik aku igt...

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah 
kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama 
yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..





::: bila aku baca post ni..terus je aku sebak..sebab semua yang dia cakap tu betul sngat..sama sngat mcam abah aku....huhuuu...sayu je bila kenang jasa pengorbanan abah..walau dia tak pandai gayut telefon laam2 mcm mak tapi selang sehari dia akan suruh mak kol aku...macam2 lagi pengorbanan ayah kalau kita hayati fikir balik.. i love u abah..!!!! ::::


::: bulan ni besday abah..still fikir nk hadiah apa utk dia..nak bgi somting special utk abah..bukti kakak sayang sgt2 kat abah.... :::







pendokong keluarga ku...sentiasa bagi semangat utk aku terus berjaya..bila aku jatuh dia jugak yang tetap akan terus menyokong aku....